KULLIYYAH OF MEDICINE, IIUM EID GATHERING 2023
Entry kali lain sikit dari yang lain. Kita bukan nak bercerita perihal hari raya open house tapi nak cerita pasal office punya open houseš¤
Tahun ni julung kalinya Cuda antara staff yang terlibat untuk sambutan hari raya Kulliyyah of Medicine, IIUM.
Sambutan sangatlah meriah memandangkan semua warga kulliyyah terlibat sama termasuklah siswa dan siswi.
Kali ni bertemakan āKampungā, jumlah undangan adalah lebih kurang seramai 1000 orang. Memang sangat sangat meriah.
Sebelum memulakan tugas, sempat kami photoshoot dulu dekat photoboothš¤
Cantik sangat dekorasi untuk photobooth kali ni. Memang sangat kena dengan tema. Tahniahh untuk ahli jawatankuasa yang terlibat.
2 khemah telah disediakan untuk hidangan hari raya untuk staff dan para pelajar. Ada āKampung Aā dan āKampung Bā
Pelbagai juadah yang dihidangkan antaranya pulut kuning, laksa Pahang, rendang, ketupat, satay, nasi dagang, nasi minyak, cendol, pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman.
Majlis berakhir pada pukul 3 petang. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Semua balik dengan perasaan yang gembira dan kenyangš
So apa cerita open house korang? Mesti lagi havoc kan. Jom la share pengalaman korang pulak.
Comments
Post a Comment